Thursday, 23 June 2011


"Ketahui Cara Bagaimana Anda Boleh Menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan 3 Strategi yang dijamin Paling Berkesan!!!”

*** Kini anda mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik tanpa perlu menghabiskan wang ringgit menghadiri kursus-kursus serta membeli perisian-perisian yang mahal-mahal! ***
"Ianya sangat membantu."
Tidak dapat dinafikan penggunaan Bahasa Inggeris pada masa kini sangat penting dan menjadi satu kelebihan bagi mereka yang mengusainya. Terutamanya untukmelanjutkan pelajaran dan dalam bidang pekerjaan.

Bagi saya ebook yang diolah dengan mode santai ini dapat memperbaiki dan meningkatkan keyakinan dalam menguasai bahasa antarabangsa ini. Dengan kaedah dan pendekatan yang kreatif yang telah digunakan oleh penulis sendiri telah membuktikan bahawa ianya efektif dan berkesan.

Saya mengucapkan tahniah diatas penghasilan ebook ini. Ianya sangat membantu.


Maizul
http://www.maizul.com

Mungkin anda berada dalam situasi ini.
Anda sering dimarahi oleh guru dan ibubapa anda dan ditertawakan oleh rakan anda kerana setiap kali ujian Bahasa Inggeris, andalah orang yang mendapat markah paling rendah. Sebahagian rakan yang lain pula melihat anda dengan muka yang penuh kasihan.
Anak anda selalu mendapat markah corot dalam matapelajaran bahasa Inggeris.
Anda berasa tercabar dengan rakan anda yang suatu ketika dahulu tahap penguasaan Bahasa Inggerisnya lebih kurang anda sahaja tetapi kini sudah boleh berkomunikasi dengan baik dan sering mendapat perhatian guru-guru, pensyarah-pensyarah, rakan-rakan.
Anda berasa rendah diri kerana rakan-rakan anda, orang-orang di sekeliling anda hampir kesemuanya sudah mahir berbahasa Inggeris sedangkan anda masih berada ditakuk yang lama.
Anda berada di tahun akhir pengajian di universiti. Anda sering gelisah kerana tahap penguasaan bahasa Inggeris anda masih rendah sedangkan hampir kesemua majikan-majikan inginkan pekerjanya mahir berbahasa Inggeris. Kalau boleh anda tidak mahu mendapat status penganggur.
Usaha-usaha anda untuk mendapat pekerjaan yang baik terbantut dek kerana pertuturan anda dalam bahasa Inggeris ketika ditemuduga amat mengecewakan.
Anda sudah belajar Bahasa Inggeris bertahun-tahun. Anda boleh membaca bahan-bahan Bahasa Inggeris, tapi bila disuruh bercakap anda jadi gemuruh, rasa macam orang bodoh, malu dan segan.
Anda ingin belajar dan menguasai Bahasa Inggeris tetapi tidak mempunyai buku rujukan yang tepatdan bersesuaian. Yuran yang dikenakan untuk kursus Bahasa Inggeris juga terlalu mahal.

Kini masalah yang anda hadapi ini bakal berakhir...

No comments:

Post a Comment